Sunday, March 29, 2009

Lupa akan dosa didunia

Asalamualaikum,...saudara punya blog,....Terlebih dulu saya ucapankan ribuan terima kasih kepada saudara kerana terfikir untuk menyediakan satu blog khas untuk kami yang suatu masa dulu dianggap sampah masyarakat.Nama saya sulaiman berasal dari sandakan sabah dan kini menetap di keningau dalam negeri sabah juga.Saya tidak akan bercerita panjang lebar tentang kenangan silam yang perna saya lalui suatu ketika dulu.Kisahnya bermula pada tahun 1993 ketika itu saya berhijrah kekeningau untuk mencari pekerjaan baru.Sesampainya saya dikeningau,saya menumpang tinggal dirumah pakcik saya di kampung pampang keningau.Disini la bermulanya hidup baru saya bersama pakcik dikeningau.Pakcik saya ini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berjudi sabung ayam yang dia anggap pekerjaan tetapnya.Pada awalnya pakcik telah mendapatkan saya pekerjaan di kilang papan namun saya tidak menyukai pekerjaan tersebut,lalu meminta izin dengan pakcik untuk turut sama mengusahakan judi sabung ayam.Pada mulanya saya menyangka pakcik saya akan menolak permintaan tersebut kerana ia melibatkan pertaruhan wang.Rupanya sangkaan meleset,kata pakcik saya..."kecil tapak tangan nyiru dia tadahkan".Apalagi saya pun gembira yang tak terhingga.Dipendekkan ceritanya,setiap hari kami berdua akan ketempat sabung ayam untuk bertaruh judi dengan semua orang.Selepas habis kerja sabung ayam dan ada kemenangan hasil pertaruhan tersebut,kami akan bagi sama rata.Pada sebelah malam pula saya akan pergi kepusat hiburan untuk menari dan minum arak sehingga mabuk.Tidak cukup dengan itu saya juga akan memeras ugut pengunjung pusat hiburan untuk mendapatkan wang membeli minuman keras.Perjalanan hidup saya berlanjutan hingga hampir tiga tahun lamanya.Pada 25 desember 1996 awal pagi lagi kami telah berada digelanggang sabung ayam.Sudah jadi kebiasaan suku kaum dikeningau setiap ada perayaan mesti ada tauke kayu balak yang akan menjadi penganjur judi sabung ayam.Kali ini sabung ayam dibuka seawal jam 7:00 pagi hingga 6:00 petang tidak seperti hari biasa yang hanya dibuka pada sebelah petang sahaja.Pada hari ini saya dan pakcik bernasib baik kerana lapan ekor ayam yang kami bawa kegelanggang semuanya menang dan jumlah taruhan melebihi seribu ringgit.Selesai saja aktiviti haram disiang hari tadi,pakcik saya pula mengundang semua rakan karibnya untuk minum arak dirumah tempat kami tinggal.Saya diarah oleh pakcik untuk pergi membeli minuman keras sebanyak enam kotak.Tepat jam 9:45 malam semua rakan-rakan pakcik saya sudah berkumpul diruang tamu rumah untuk merayakan kemenangan judi disiang hari tadi dengan minuman keras.Kami semua minum dan tertawa sekuat hati yang boleh kerana pada malam tersebut hujan lebat.Jiran-jiran sebelah rumah tidak akan terdengar suara kami disebabkan hujan juga lebat.Dalam keadaan kami semua bergembira tiba-tiba tiang rumah kami seperti dilanggar sesuatu benda besar menyebabkan ia senget sebelah.Saya terus bergegas kebahagian luar rumah dan mendapati hanya ada beberapa buah rumah saja yang kelihatan.Rupanya banjir besar yang tidak disangka-sangka telah melanda perkampungan haram kami.Saya dan semua orang yang berada didalam rumah pakcik menjadi panik dan merasa kematian telah datang menjemput kami semua.Saya yang dalam keadaan separuh mabuk itu terus berdoa kepada yang maha kuasa agar rumah kami ini tidak dihanyutkan banjir dan berniat akan bertaubat selepas ini.Doa saya termakbul masa itu dan rumah pakcik saya tidak dihanyutkan banjir sehingga pasukan penyelamat tiba dengan helicopter.Kami terus dibawa kekomplex sukan keningau dan mendarat ditengah padang bola.Selepas kejadian itu saya,pakcik dan semua rakan-rakan pakcik terus meninggalkan semua pekerjaan haram yang selama ini kami lakukan.Mungkin ini adalah satu peringatan dari Allah SWT kepada kita semua yang telah lupa akan dosa didunia ini.

0 comments: