Sunday, December 20, 2009

Jihad seorang Wanita

Ditulis oleh member kepada member aku...
Jihad seorang Wanita

Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang
terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta
tergambar kesungguhan berkorban yang akan
menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan
darah yang terakhir! Semangat ini memang baik
dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan
Islam serta kehendak Allah SWT.

Hakikat Jihad

Definisi jihad menurut syara' ialah seorang muslim
menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan
menyebarkan Islam bagi mencapai keredaaan
Allah. Dari sini nanti akan terbentuk sebuah
masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina
negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan
hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling
rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling
tinggi ialah berperang di atas jalan Allah.
Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri
sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga
dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru
kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran
serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah
juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?

Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar
difahami supaya sumbangan kita dalam jihad akan
menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu
menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah
SAW untuk mengambil iktibar tentang persoalan
jihad bagi kaum wanita.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan Ath-Thabrani,
pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab
yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar
berpidato) datang menemui Rasulullah SAW lalu
berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita
kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah
ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah,
mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur
pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan
mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita,
sering membantu mereka. Maka apakah pula
balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah SAW:

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau
temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat
kepada suami serta mengakui haknya adalah
menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada
golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulullah SAW pernah
ditanya: "Wahai Rasulullah, perempuan manakah
yang baik?"

Baginda menjawab: "Perempuan yang
menggembirakan suaminya apabila sisuami
memandangnya, mentaati suami apabila diperintah
dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri
peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa
yang dibenci oleh suaminya."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan
kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama
ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah,
kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai
dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga
dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan
kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum
wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi
bersama-sama kaum lelaki ke medan
pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam.
Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai
sumbangan tambahan.

Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan
dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada
suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di
luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi
mereka yang berbuat demikian.

Bagaimanakah pendirian kita?

Kita mesti menyakini bahawa berjihad di barisan
hadapan oleh kaum lelaki manakala jihad kaum
wanita sebagai tulang belakang adalah ketetapan
Allah SWT yang Maha Adil, semata-mata demi
kemakmuran alam ini. Kita perlu memahami firman
Allah yang bermaksud:

"Dan orang lelaki dan perempuan (yang beriman)
sebahagian mereka (adalah) penolong bagi
sebahagian yang lain. Mereka menyuruh
(mengerjakan) yang ma'ruf dan mencegah yang
mungkar." (At-Taubah : 71)

"Dan tidak sepatutnya bagi lelaki yang mukmin
dan wanita yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-
Nya telah menentukan sesuatu ketetapan, akan
ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan
mereka. Dan sesiapa yang mendurhakai Allah dan
Rasul-Nya maka sesungguh-nya dia telah sesat
dengan kesesatan yang nyata." (Al-Ahzab : 36)

Sekarang sudah tiba masanya untuk kaum wanita
menanamkan azam dan mengumpulkan kekuatan
bagi menumpukan diri melaksanakan sepenuhnya
jihad sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
Allah dan Rasul-Nya.

Tingkat kekuatan yang utama ialah kekuatan
iman. Iman yang kuat dapat mengekang hawa
nafsu yang sentiasa mengganas serta
melemahkan keazaman. Dengan ini, barulah jihad
yang ingin kita laksanakan menjadi kenyataaan.

Firman Allah:

"Adapun yang rasa takut maqam Tuhannya,
mencegah diri daripada menurut hawa nafsu
syurgalah tempat kembalinya." (An-Nazi'at : 40-41)

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan
dibiarkan (begitu saja) sedang Allah belum
mengetahui (dalam kenyataan) orang yang
berjihad di antara kamu dan tidak mengambil wali
(teman rapat) yang setia selain Allah, Rasul-Nya
dan orang yang beriman. Dan Allah Maha
Mengetahui apa yang kamu kerjakan." (At-
Taubah : 16)

Sudut-sudut jihad wanita

1.. Menjadikan rumahtangga tempat yang bahagia
untuk keluarga berkumpul.

2.. Mewujudkan suasana Islam dalam proses
pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3.. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga
menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga
akan beroleh keberkatan.

4.. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-
prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.

5.. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat
serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang
buruk yang mengusai wanita masa kini.

6.. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang
berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti
tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi,
sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga
miskin.

Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan
dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi
wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam
batas kemampuan yang telah Allah kurniakan.
Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan
bersama keistimewaan tertentu tidak boleh
membatalkan jihad yang utama. Jihad utama
mesti dilaksanakan dahulu.
moga sama2 mendapat manfaat...aminnn...

Nafsu yang degil

written by Yudhi at 2008-03-10

Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahwa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahwa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahwa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

Tuesday, September 22, 2009

bimbing la aku


Assalamualaikum....pembuka kata....sebelum terlanjur kata,terlebih dulu kususun sepuluh jari

ini memohon ampun dan maaf yang sebesar-besarnya kiranya kau terbaca coretan ku ini...

bukan niat ku untuk menyinggung perasaan mu apatah lagi nak menyakiti hati mu...

Sebenarnya yang menjadi tanda tanya dalam diri ku hanya satu...KENAPA AKU KADANG KALA

MERASA TERLALU SEGAN TERHADAP MU sedangkan kita ini kan sepupu...

Apakah aku baru mengenali mu atau kerana kau warak dalam soal agama..?inilah yang

selalu menjadi tanda tanya dalam hidup ku....Aku sendiri tidak tahu sampai bila aku harus

begini?Walaupun diri mu terlalu muda dimataku namun aku tetap segan untuk bertanyakan

sesuatu yang aku tidak tahu dalam soal hidup beragama.

Kadang kala aku juga malu untuk bercerita denganmu,kerana aku tahu siapalah aku ini?

Aku tidak lah sebaik orang-orang yang kau kenali sebelum bertemu dengan ku dan aku juga

selalu terfikir,mungkin aku ini terlalu mencurigakan dalam diary hidup mu.

Apa boleh buat,..mungkin ini sudah suratan hidup ku dalam dunia yang penuh dengan tipu daya syaitan....Terus terang aku katakan yang aku memang jahat sejahat-jahat nya tapi aku masih

boleh membezakan antara yang baik dan yang buruk pendek kata aku tahu yang mana sepupu

dan yang mana bukan sepupu...

Andainya kau terbaca coretan ini ku harap kau jangan lah marah,sesungguh nya aku ini tidak lah sejahat dan seburuk sifat-sifat yang mungkin pernah kau fikirkan sebelum ini.

kalau lah aku hina dimatamu jangan lah kau segan untuk memberitahuku...aku sedia untuk

mendengarnya dan aku berjanji akan memperbaiki kelakuan ku...

Akhirkata dariku...andainya kau benar-benar ikhlas dan tulus,setulus iman dalam dirimu

menganggapku sebagai Abang Sepupu,Maka bimbing lah aku kejalan yang benar yakni

golongan orang-orang yang beriman...

Hadirmu dalam hidup ku bagai kan air hujan yang sentiasa menyejukkan hati ini untuk

mendekat kan diri kepada ALLAH S.W.T.

Aku juga bersukur kehardat ALLAH yang maha kuasa,kerana menemukan aku dengan Sepupu ku yang mempunyai ciri-ciri wanita soleha...AMIN................

Nukilan ini hanyalah satu karangan jerr...heheheh

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI DI SHAH ALAM SELANGOR D.E.

Sehari sebelum Raya,adik sepupu sibuk mengemas rumah...

ini sepupu bugis keningau...irawatie namanya...huhuuhuh

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT MENYAMBUT LEBARAN MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI KAMI SEKELUARGA DI SHAH ALAM SELANGOR KEPADA SEMUA KAWAN-KAWAN DI SINGAPURA,BRUNEI,SARAWAK,JAKARTA DAN DIMANA JUA MEREKA BERADA.

Tuesday, March 31, 2009

Tidak suka pada kawan-kawan yang terlalu sosial


Asalamualaikum..helo...saya mutohara,tapi kawan-kawan suka panggil saya Ala saja.Terima kasih kerana e-mail saya terpilih untuk diterbitkan diblog ini.Saya tidak ada kenangan yang mengecewakan kerana saya tidak suka pada benda-benda yang tidak mendatangkan keuntungan.saya juga tidak suka bergaul bebas dengan kawan-kawan yang terlalu sosial perangainya.Itu jee yang dapat saya kongsikan...hehhehehe...

Monday, March 30, 2009

Ulasan penulis


Asalamualaikum....Terima kasih kepada semua pengirim yang sudi berkongsi pendapat dan pengalaman hidup diblog saya ini.Marilah kita sama-sama memanfaatkan blog ini sebaik yang boleh demi kebaikan bersama.Sila e-mail kan kepada saya sebarang artikel berbentuk nasihat atau luahan perasaan anda sebanyak yang termampu.INSYAH ALLAH saya akan siarkan secepat yang boleh walaupun masa yang saya ada terhad demi kebaikan bersama.

Alamat e-mail:dinsadwst@yahoo.com.my

BIAR ORANG KATA SAYA BODOH


Asalamualaikum....hai semua kawan-kawan...jangan buat sesuatu yang kita tidak akan dapat keuntungan dari perbuatan itu.Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri sebelum terlambat dan jauhhilah dadah,kerana dadah itu adalah perosak nombor satu dunia.Akhirkata dari saya sabturani yang berasal dari kunak sabah,"BIARLAH ORANG MENGATAKAN SAYA INI BODOH"daripada "ORANG MENGATAKAN SAYA INI PENAGIH DADAH".

Tiada kenangan pahit


Asalamualaiku...Nama saya saprol berasal dari tawau sabah,saya tidak ada kenangan yang pahit selama hidup saya.Bagi saya jangan buat sesuatu yang merugikan diri sendiri dan ini boleh menjadikan hidup kita bebas dari kenangan pahit.Tentang cinta pula,jangan bercinta kalau hanya ingin melukakan hati pasangan kita sahaja.

Sunday, March 29, 2009

Lupa akan dosa didunia

Asalamualaikum,...saudara punya blog,....Terlebih dulu saya ucapankan ribuan terima kasih kepada saudara kerana terfikir untuk menyediakan satu blog khas untuk kami yang suatu masa dulu dianggap sampah masyarakat.Nama saya sulaiman berasal dari sandakan sabah dan kini menetap di keningau dalam negeri sabah juga.Saya tidak akan bercerita panjang lebar tentang kenangan silam yang perna saya lalui suatu ketika dulu.Kisahnya bermula pada tahun 1993 ketika itu saya berhijrah kekeningau untuk mencari pekerjaan baru.Sesampainya saya dikeningau,saya menumpang tinggal dirumah pakcik saya di kampung pampang keningau.Disini la bermulanya hidup baru saya bersama pakcik dikeningau.Pakcik saya ini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berjudi sabung ayam yang dia anggap pekerjaan tetapnya.Pada awalnya pakcik telah mendapatkan saya pekerjaan di kilang papan namun saya tidak menyukai pekerjaan tersebut,lalu meminta izin dengan pakcik untuk turut sama mengusahakan judi sabung ayam.Pada mulanya saya menyangka pakcik saya akan menolak permintaan tersebut kerana ia melibatkan pertaruhan wang.Rupanya sangkaan meleset,kata pakcik saya..."kecil tapak tangan nyiru dia tadahkan".Apalagi saya pun gembira yang tak terhingga.Dipendekkan ceritanya,setiap hari kami berdua akan ketempat sabung ayam untuk bertaruh judi dengan semua orang.Selepas habis kerja sabung ayam dan ada kemenangan hasil pertaruhan tersebut,kami akan bagi sama rata.Pada sebelah malam pula saya akan pergi kepusat hiburan untuk menari dan minum arak sehingga mabuk.Tidak cukup dengan itu saya juga akan memeras ugut pengunjung pusat hiburan untuk mendapatkan wang membeli minuman keras.Perjalanan hidup saya berlanjutan hingga hampir tiga tahun lamanya.Pada 25 desember 1996 awal pagi lagi kami telah berada digelanggang sabung ayam.Sudah jadi kebiasaan suku kaum dikeningau setiap ada perayaan mesti ada tauke kayu balak yang akan menjadi penganjur judi sabung ayam.Kali ini sabung ayam dibuka seawal jam 7:00 pagi hingga 6:00 petang tidak seperti hari biasa yang hanya dibuka pada sebelah petang sahaja.Pada hari ini saya dan pakcik bernasib baik kerana lapan ekor ayam yang kami bawa kegelanggang semuanya menang dan jumlah taruhan melebihi seribu ringgit.Selesai saja aktiviti haram disiang hari tadi,pakcik saya pula mengundang semua rakan karibnya untuk minum arak dirumah tempat kami tinggal.Saya diarah oleh pakcik untuk pergi membeli minuman keras sebanyak enam kotak.Tepat jam 9:45 malam semua rakan-rakan pakcik saya sudah berkumpul diruang tamu rumah untuk merayakan kemenangan judi disiang hari tadi dengan minuman keras.Kami semua minum dan tertawa sekuat hati yang boleh kerana pada malam tersebut hujan lebat.Jiran-jiran sebelah rumah tidak akan terdengar suara kami disebabkan hujan juga lebat.Dalam keadaan kami semua bergembira tiba-tiba tiang rumah kami seperti dilanggar sesuatu benda besar menyebabkan ia senget sebelah.Saya terus bergegas kebahagian luar rumah dan mendapati hanya ada beberapa buah rumah saja yang kelihatan.Rupanya banjir besar yang tidak disangka-sangka telah melanda perkampungan haram kami.Saya dan semua orang yang berada didalam rumah pakcik menjadi panik dan merasa kematian telah datang menjemput kami semua.Saya yang dalam keadaan separuh mabuk itu terus berdoa kepada yang maha kuasa agar rumah kami ini tidak dihanyutkan banjir dan berniat akan bertaubat selepas ini.Doa saya termakbul masa itu dan rumah pakcik saya tidak dihanyutkan banjir sehingga pasukan penyelamat tiba dengan helicopter.Kami terus dibawa kekomplex sukan keningau dan mendarat ditengah padang bola.Selepas kejadian itu saya,pakcik dan semua rakan-rakan pakcik terus meninggalkan semua pekerjaan haram yang selama ini kami lakukan.Mungkin ini adalah satu peringatan dari Allah SWT kepada kita semua yang telah lupa akan dosa didunia ini.

Abang sepupuku yang panas baran



Namaku ira....aku dilahir kan di sipitang sabah,,,diruangan coretan nukilan jiwa ini aku ingin menceritakan kisah awal perkenalan ku dengan abang sepupuku.....memang kami ada talian persaudaraan namun aku tidak mengenalinya kerana jarak tempat tinggalku disabah berjauhan dengan tempat tinggal abang sepupu ku ini.jarak tempat tinggal yang berjauhan ini lah yang membuat kami tidak mengenal antara satu sama lain.Dipendekkan cerita...menurut ibuku,sepupuku ini orang nya panas baran TETAPI sangat mengambil berat tentang keselamatan orang yang tinggal serumah dengannya.kisahnya bermula apabila aku berhijrah ke semenanjung,abang sepupu ku ini sebenarnya bekerja di semenanjung dan peluang untuk aku mencari pengalaman baru di semenanjung
agak mendapat sokongan dari kedua orang tuaku kerana mereka tidak perlu
risau tentang keselamatanku kerana aku akan tinggal serumah dengan abang sepupu ku ini.
pada awal perkenalanku dengan sepupuku ini memang sukar untuk ku nafikan yang kadang kala aku nak keluar rumah pun takut....orang nya cukup tegas dan kalau sejam masa untuk membebel memang tidak cukup baginya.sepupuku ini memang kalau dah mula berceramah sakit telinga nak dengar,rasanya macam aku nak tumbuk saja mulut nya
tapi bila dengar sepupuku ni ada belajar karate takut pula nak melawan,tak pasal-pasal pakai gigi palsu pula aku dalam usia muda.Disebalik sikap tegas sepupu ku ini ada hikmah yang tersembunyi....sebenarnya sepupuku ini tidak suka kalau aku bercakap bohong apatah lagi keluar rumah tanpa kebenaran nya.Akhirnya aku dapat menyesuaikan diri dengan situasi sepupuku ini yang selalu panas baran tak tentu pasal.Berkat dari kesabaran ku untuk memahami jiwa sepupuku ini,akhirnya aku dapat faham yang sepupuku ini sebenar nya baik dan penyayang.Kalau setahun yang lalu,bunyi batuk nya saja aku dah menggigil ketakutan,tapi
sekarang dia marah pun aku dah tak takut lagi....kerana dia pun sudah faham yang aku ini dah dewasa dan boleh jaga maruah keluarga......Aku kini masih tinggal serumah dengan nya dan semua pengalaman yang lalu kini ku jadi kan panduan untuk meneruskan hidup di dunia yang penuh dengan gaya kepuraan..akhir kata dari ku,sekeras-keras hati manusia itu kalau selalu di sirami dengan doa dan zikir pasti akan cair bagaikan ais yang dipanas kan api.......
Terima kasih buat sepupuku yang ku anggap gila selama ini telah menunjukkan aku erti sikap persaudaraan yang sebenar-benar nya...Andaikata sepupu ku kembali kerahmatullah satu hari nanti...aku pasti akan sentiasa mendoakan,semoga ALLAH menerimanya dalam golongan orang-orang yangberiman....AMIN..ira cptang

Salam dari penulis


Asalamualaikum dan salam sejatera kepada semua pengunjung blog.Saya cadangkan kalau ada diantara pengunjung blog yang ingin meluahkan perasaan kerana putus cinta atau ada kenangan suka dan duka yang pernah dilalui,namun tidak pernah diluahkan kepada umum.Ini adalah peluang untuk kita sama-sama kongsikan cerita silam kita.Manakala mereka yang perna suatu masa dulu,bergelar samseng atau penagih tegar tetapi kini telah insaf dan ingin memberi nasihat kepada umum sangat-sangat saya hargai.Pengunjung blog boleh menghantar luahan perasaan dan juga nasihat ke alamat e-mail saya ini: dinsadwst@gmail.com



PERINGATAN: Luahan atau nasihat yang mengandungi unsur-unsur fitnah,lucah dan menyinggung perasaan orang lain tidak akan saya siarkan di blog ini.Harap Maklum.